All About Me

Saya gemar mengedit gambar dan imej. Untuk itu saya telah menggunakan beberapa perisian percuma dari internet seperti GIMP, Photoscape dan Picasa. Saya tidak mempunyai perisian Photoshop kerana ianya bukanlah percuma. Walaupun boleh di download secara 'illegal' tetapi saya tetap tidak mahu menggunakannya. Tidakkah perbuatan itu mencuri namanya, dan saya tidak mahu digelar sebagai pencuri. 

Saya juga gemarkan fotografi. Tetapi saya juga tidak mempunyai kamera yang betul-betul berdedikasi. Saya sekadar memiliki kamera telefon yang mempunyai 12MP sahaja. Bukannya tidak mahu membeli satu, tetapi alang-alang membeli biar yang betul-betul boleh memberi peluang untuk maju. Bukan sekadar untuk melawa sahaja. Kalau kamera asyik guna program 'auto' sahaja, baik guna kamera kompak sahaja.