Asas GIMP - 'Layer'
Salam to all..Sebelum saya memulakan kuliah ini, suka saya jelaskan bahawa semua aktiviti yang digunakan di sini hanyalah di atas program GIMP sahaja dan bukannya melalui program 'Photoshop'. Walaupun kedua-duanya adalah program yang turut memanipulasi imej gambar tetapi perletakan ikon-ikon dan dan penggunaan terma masing-masing adalah berbeza. Lagipun GIMP adalah percuma!.
Kali ini saya akan menerangkan berkenaan penggunaan 'layer'.
Gambarajah di atas menunjukkan kombinasi beberapa lapisan 'layers' yang digabungkan membentuk imej seperti di bawah. Lapisan paling atas mengandungi cuma teks 'BZZZ...' sahaja, manakala lapisan dibawahnya adalah imej bunga. Imej sekeliling bunga itu adalah 'transparent'. Lapisan dibawahnya pula adalah untuk bingkai imej yang berwarna biru, lapisan seterusnya bayangan bingkai dan lapisan paling bawah adalah latar belakang.

LAYER
1. Semua imej di dalam GIMP ini adalah dibuat dengan menggabungkan 1 atau lebih imej berasingan yang dipanggil 'layer' @ lapisan yang disusun diatas lapisan-lapisan yang lain. 2. Lapisan ini akan jadi lebih menarik dengan adanya 'transparency'. 'Transparency' ini membenarkan sebahagian imej dilapisan 1 dipaparkan ke atas imej lain di lapisan 2. Contoh:

Selepas semua lapisan 'layer' digabungkan, barulah imej di atas diperolehi. Dengan 'layer' ini kita boleh mengubahsuai imej mengikut kehendak sendiri walaupun beberapa perubahan awal telah dibuat.
Kita juga boleh mengubah kedudukan imej di lapisan tersebut sama ada di atas, bawah, kiri ataupun kanan, dan juga boleh mengubah saiznya sekali. Disamping itu juga, kita boleh menghilangkan 'layer' ini buat sementara untuk melihat bagaimana keadaannya sebelum dan selepas imej ini diletak.