GIMP - Apa nak buat dengan fail .SCM?

Bagi pengguna GIMP seperti saya, pasti selalu melayari internet sambil mencari-cari 'maklumat menarik berkaitan perisian GIMP. Selepas beberapa ketika, tiba-tiba anda terjumpa satu 'script' yang sangat menarik dan teringin memasangnya dalam GIMP, tetapi bagaimana?

Teks Bertema Emas - GIMP

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang tutorial membina teks yang bertemakan warna keemasan. Video ini boleh diikuti di Youtube milik gimpology.


Ini adalah hasil tangan saya menggunakan GIMP 2.6. Hendak menunggu versi 2.8 masih tidak pasti tarikh pelancarannya, versi 2.7 ke atas pula masih tidak stabil dan kerap 'crash'. Saya sudah tidak sabar mahu menggunakan GIMP yang hanya menggunakan 'single window' ini.

Teringin juga hendak men'translate'kan video ini ke bahasa melayu, tetapi kekurangan peralatan dan software yang bersesuaian membantutkan usaha saya. Jika ada kelapangan saya akan memuat naik video tutorial GIMP yang berbahasa melayu ke Youtube.

Bagi peminat dan pengguna GIMP tegar seperti saya, pasti akan mencuba tutorial ini.

Bergembiralah.