Pixlr -n- Happy Eidul-Fitr
Salam Aidil Fitri buat semua.Recently, aku semakin malas nak buat editing imej ni. Sebabnya aku masih lagi menunggu GIMP versi terbaru yang khabarnya menggunakan 'single window mode' berbanding sekarang. Sekarang ni window bersepah-sepah. 'Single window mode' ni maknanya hanya satu tetingkap sahaja yang digunakan sama macam yang Photoshop gunakan dalam perisian mereka.
![]() |
| GIMP 'Versi Baru' |
Kalau dah keluar versi yang baru 2.8 nanti maybe baru akan datang semangat nak buat entry lagi. Versi GIMP yang aku gunakan adalah dari versi GIMP 2.6.
Buat masa ni aku hanya gunakan Photoscape untuk 'quick editing' tanpa perlu susah payah sangat. Hasil akhirnya tidaklah sebagus yang aku harap, tapi memadailah untuk aku publish di blog ni.
Tapi selepas aku jumpa Pixlr-O-Matic ni, aku makin bertambah malas jadinya. Ini adalah kerana, editing gambar jadi semakin-makin-makin-makin senang. Hanya pilih beberapa pilihan dan 'ZAPPP' imej kita dah jadi 100% berbeza.Perisian ini lebih fokus kepada menukar gambar kepada imej RETRO dan KLASIK.
Selepas di-edit guna Pixlr-O-Matic lebih kurang, maka hasilnya adalah seperti begini. :)
| 'gambar asal' |
![]() |
| 'selepas di-edit' |
Lastly, Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
p/s: link untuk editing tu bole klik SINI. Walaupun boleh editing secara online, kita juga boleh download perisian ini terus ke komputer kita.







