Salam semua.
Ini adalah entri yang pertama dan juga yang terakhir untuk tahun 2012 ini. Maaf atas kegagalan untuk mengemaskini blog ini.
Untuk kali ini, saya akan maklumkan mengenai perkembangan terbaru GIMP 2.8 yang ditunggu-tunggu selama ini.
Pada bulan Mei yang lepas, perisian GIMP 2.8 telah dikeluarkan. Ia adalah versi yang lebih stabil selepas 3 tahun berada dalam peringkat penaiktarafan daripada versi GIMP 2.6.
Walaupun masih belum setaraf perisian Photoshop namun potensinya untuk menggantikannya adalah sangat tinggi tambahan pula GIMP ini masih lagi ditawarkan secara percuma.
Antara perkara-perkara yang diubahsuaikan daripada versi yang lama adalah seperti berikut:
1. Mod Satu Tetingkap (Single Window Mode)
2. Editing Teks Atas Kanvas
Berbanding dengan versi yang lepas, editing teks kini dibolehkan dibuat diatas kanvas terus menerus dan bukannya menerusi tetingkap yang berasingan.
3. Simpan dan Eksport (Separate Save and Exports)
Jika sebelum ini proses 'save' adalah mudah, kita hanya perlu pilih jenis format imej yang hendak disimpan. Tetapi kini ia lebih terhad, hanya format XCF yang dibenarkan. Namun untuk simpan dalam format yang lain, kita boleh eksport melalui File>Exports.
4. Layer Group
Kini struktur 'layer' boleh disusun seperti gambar diatas. Dengan cara ini, sebarang komposisi 'editing' boleh dibuat kepada mana-mana layer yang dipilih. Kita juga boleh mengawal 'opacity' banyak layer dalam satu-satu masa dalam satu 'group layer'.
Banyak lagi penambahbaikan yang telah dibuat, dan bolehlah dikatakan GIMP 2.8 sekarang adalah jauh lebih baik daripada versi yang sebelumnya.
Selamat mencuba.