GIMP - Efeks foto Lomo dan Klasik
Saya tahu kebanyakan gambar yang diambil adakalanya kelihatan sangat tidak bermaya. Kedudukan pencahayaan dan komposisi subjek selalunya tidak menjadi. Tetapi, jangan terus dibuang gambar tersebut kerana dengan edit yang betul dan teknik yang sesuai, gambar tadi masih boleh ditukarkan menjadi sungguh 'hidup' dan sangat cantik.
Sebagai contoh, imej ini saya ambil menggunakan kamera telefon SATIO 12 MP pada waktu pagi yang mana cahaya sekeliling amat mendung dan kurang cahaya.
| Tanpa edit |
Sedikit sentuhan GIMP diperlukan untuk mengedit gambar di atas supaya kelihatan lebih menarik.
Melalui entri saya yang lepas, ada saya sertakan 'skrip-fu' FX FOUNDRY yang memberikan pelbagai kesan efeks untuk foto. Plugin tersebut boleh diambil disini. Antara efeks menarik adalah:
![]() |
| Pilihan efeks |
Efeks Bercovich Lomo
Kesan yang terhasil dari efeks lomo ini sangat cantik, dan warna-warna yang dikeluarkan adalah sangat kontras.
| Bercovich Lomo |
Efeks 'Cross Processing'
| Cross Processing |
Efeks Vintage/Klasik
![]() |
| Vintage |
Efeks Midnight Sephia
![]() |
| Midnight Sephia |
Efeks Midnight Sephia ini adalah salah satu efeks kegemaran saya. Dengan memilih tetapan yang disediakan seperti ini.
Di atas hanya sedikit daripada banyak lagi efeks yang boleh diguna pakai melalui Fx Foundry ini. Bagi mengetahui cara-cara memasang skrip-fu FX Foundry ini ke dalam GIMP, boleh rujuk entri sebelum ini iaitu Apa nak buat dengan fail SCM?
Letakkan kekreatifan kita semaksimum mungkin kerana tidak ada satu jalan sahaja untuk menghasilkan gambar yang cantik. Banyakkan bereksperimen dengan 'layers', 'curves' dan juga 'levels' untuk mengetahui fungsi mereka.








