GIMP - Bagaimana menggunakan 'Levels'

Kebiasaannya terdapat gambar yang saya ambil menggunakan kamera digital biasanya akan menjadi terlalu cerah atau pun menjadi terlalu gelap. Melainkan anda seorang fotografer yang mahir, masalah ini mungkin tidak akan wujud. Tetapi hakikatnya, saya memang tidak mahir dalam mengambil gambar.

Melalui GIMP, terdapat 3 cara untuk mengatasi masalah sebegini. Brightness-Contrast, Curves dan juga Levels. 


Levels

Di dalam 'levels', terdapat 2 set kawalan iaitu Input levels dan Output levels. Input Levels memberikan histogram yang menerangkan tahap kecerahan gambar tersebut. Garisan mendatar histogram ini membawa maksud tahap kecerahan manakala garisan menegak pula bererti jumlah/kuantiti piksel yang mempunyai tahap kecerahan tersebut.

Sebelum dan selepas


GIMP - Efeks foto Lomo dan Klasik

Saya tahu kebanyakan gambar yang diambil adakalanya kelihatan sangat tidak bermaya. Kedudukan pencahayaan dan komposisi subjek selalunya tidak menjadi. Tetapi, jangan terus dibuang gambar tersebut kerana dengan edit yang betul dan teknik yang sesuai, gambar tadi masih boleh ditukarkan menjadi sungguh 'hidup' dan sangat cantik.

Sebagai contoh, imej ini saya ambil menggunakan kamera telefon SATIO 12 MP pada waktu pagi yang mana cahaya sekeliling amat mendung dan kurang cahaya.

Tanpa edit
Sedikit sentuhan GIMP diperlukan untuk mengedit gambar di atas supaya kelihatan lebih menarik.

GIMP - Apa nak buat dengan fail .SCM?

Bagi pengguna GIMP seperti saya, pasti selalu melayari internet sambil mencari-cari 'maklumat menarik berkaitan perisian GIMP. Selepas beberapa ketika, tiba-tiba anda terjumpa satu 'script' yang sangat menarik dan teringin memasangnya dalam GIMP, tetapi bagaimana?

Teks Bertema Emas - GIMP

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang tutorial membina teks yang bertemakan warna keemasan. Video ini boleh diikuti di Youtube milik gimpology.


Ini adalah hasil tangan saya menggunakan GIMP 2.6. Hendak menunggu versi 2.8 masih tidak pasti tarikh pelancarannya, versi 2.7 ke atas pula masih tidak stabil dan kerap 'crash'. Saya sudah tidak sabar mahu menggunakan GIMP yang hanya menggunakan 'single window' ini.

Teringin juga hendak men'translate'kan video ini ke bahasa melayu, tetapi kekurangan peralatan dan software yang bersesuaian membantutkan usaha saya. Jika ada kelapangan saya akan memuat naik video tutorial GIMP yang berbahasa melayu ke Youtube.

Bagi peminat dan pengguna GIMP tegar seperti saya, pasti akan mencuba tutorial ini.

Bergembiralah.




Pixlr -n- Happy Eidul-Fitr

Salam Aidil Fitri buat semua.

Recently, aku semakin malas nak buat editing imej ni. Sebabnya aku masih lagi menunggu GIMP versi terbaru yang khabarnya menggunakan 'single window mode' berbanding sekarang. Sekarang ni window bersepah-sepah. 'Single window mode' ni maknanya hanya satu tetingkap sahaja yang digunakan sama macam yang Photoshop gunakan dalam perisian mereka.

GIMP 'Versi Baru'

What My Satio Could Do 3

is it ok or not?
I want to make a miniature look-alike picture. But im not in the mood to do it properly. So I use photoscape for this. And yes, this picture is taken from my Satio 12MP.

original picture
Nice meh!